SINOPSIS
DI SEBALIK WAJAH
Bab 1
Di
luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful
kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak
lama, isterinya berada di dalam wad itu sehingga Cikgu Saiful berasa
bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya.
Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan
simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia
mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging
rusa. Setelah berusaha payah mencari daging rusa di seluruh Kota
Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli
sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba tiba namanya dipanggil
oleh seorang doktor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu
dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran,
Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rentang. Ketika
itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat
sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda,
cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu,
iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada
isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor,
anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke
bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk
bernazar kepada anaknya . Akhirnya dia dibenarkan menjumpainya anaknya.
Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning
emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat
dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas
gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang
anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri
terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu
anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful me Halipah
bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri.
Bab 2
Setelah
14 tahun kemudian, Cikgu Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai
seorang guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga
telah berpindah dari Tuaran ke pekan Menggatal, Kota Kinabalu. Anaknya
yang bernama Doktor Fikri telah ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal. Doktor Fikri telah ditempatkan di Kelas Tingkatan
Dua Mawar. Seluruh murid Tingkatan Dua Mawar terkejut dengan kehadiran
seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setelah
memperkenalkan diri sebagai Doktor Fikri, semua pelajar ketawa dan
mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, Doktor Fikri
sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan
sedemikian. Sebelum itu Doktor Fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid
lain sering meminggirnya. Ketika masa rehat, Doktor Fikri makan bekalan
yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada
Perpustakaan Negeri. Hobinya adalah membaca novel. Ketika itu, seorang
pelajar perempuan, Josy dari Tingkatan Dua Melati berminat terhadapnya
dan asyik bertanya kepadanya. Doktor Fikri memberitahukan keadaan
keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui Doktor
Fikri mempunyai tabung sebanyak RM 1000 di bank dan simpanan itu adalah
hasil daripada menjual sayur sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang
pelajar Tingkatan Empat( Narius, dan rakannya) masuk ke kelas Tingkatan
Dua Mawar lalu mengejek Doktor Fikri sudah pandai memikat hati
perempuan. Mereka juga habis makan dan minum bekalan Doktor Fikir.
Gelagat ketiga tiga murid Tingkatan Empat diperhatikan oleh murid
Tingkatan Dua Mawar. Mereka menasihati Doktor Fikri supaya melaporkan
kejadian kepada guru disiplin, Cikgu Wahad. Doktor Fikri berterima kasih
kepada mereka.
Bab 3
Josy,
Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz yang gemuk telah mengayuh
basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar,
Menggatal. Mereka disambut dengan mesra oleh ibu Doktor Fikri. Doktor
Fikri begitu gembira kedatangan rakan rakan baharunya dan membawa mereka
ke bilik bacanya. Mereka kagum akan bilik baca Doktor Fikri yang penuh
dengan bacaan. Doktor Fikri tidak keberatan untuk meminjamkan bukunya
kepada rakan rakannya. Setelah itu, mereka juga dibawa ke belakangan
rumah untuk melihat kebun sayur sayuran dan reban ayamnya. Mereka tidak
menyangka bahawa Doktor Fikri sanggup mengerjakan kebun sayur sayurannya
dan berbaja tahi lembu. Mereka bergurau senda dan berjanji akan
membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur sayuran di Tamu di pekan baru
Menggatal pada hari minggu. Ketika melihat kepulangan rakannya yang
mengayuh basikal, Doktor Fikri ingin meminta kebenaran daripada ayahnya
untuk membeli sebuah basikal.
Bab 4
Keesokan
hari, Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang
simpanannya. Sesungguhnya Cikgu Saiful sentiasa memenuhi segala
permintaan anak kesayangannya dan sentiasa membantu anaknya untuk
mempraktikkan ilmu yang telah diajarkan di sekolah, seperti menanam
sayur sayuran, memelihara ayam dan menjual sayuran seperti yang telah
diajar dalam Kemahiran Hidup, malah dia pernah mengumpul tahi lembu
dengan Doktor Fikri. Ketika sampai di pintu sekolah, dia mendapati
bahawa dia telah lewat ke sekolah. Pintu pagar telah ditutup. Nasib baik
guru disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang tegas membuka
pintu pagar untuknya dan memberikan amaran supaya dia tidak lewat ke
sekolah lagi. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahad. Ketika masuk
ke kelas Tingkatan Dua Mawar, Doktor Fikri telah ditegur oleh guru
kelasnya Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama
baik kelas Tingkatan Dua Mawar. Keadaan kelas sangat bising, tetapi
Doktor masih leka membaca bukunya. Tiba tiba murid Tingkatan Enam masuk
ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya berlatih sukan pada
petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi. Sanin
telah mengajak Doktor Fikri supaya menyertai pasukannya , iaitu rumah
Tun Ismail.
Bab 5
Pada
awal pagi hari minggu, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz
telah datang ke rumah Doktor Fikri, setelah bersarapan pagi, mereka
membantu Doktor Fikri menimbang dan membungkus sayur sayuran, iaitu
sawi, kacang bendi, bayam, cili,dan tomato. Setelah itu mereka
berbasikal dengan sayur sayuran itu ke tamu. Pada awal pagi, mereka
sempat menjual seringgit sayur sawi kepada seorang perempuan. Tidak lama
kemudian, hujan turun dengan lebat. Rakan rakan berasa hampa kerana
sayur sayuran itu tidak laku dijual. Namun demikian, Doktor Fikri
kelihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah
perniagaan.
Bab 6
Pada
petang itu, Narius, Jamadi, dan Jais (murid Tingkatan Empat) menghalang
Josy, Dayang Mahani, Suriani untuk menanyakan Doktor Fikri. Suriani
terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang
peristiwa itu. Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk
mengikuti latihan sukan, dia ditahan oleh ketiga tiga murid jahat itu.
Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri. Apabila mendapati
bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang. Mereka memarahinya dan
mengugutnya supaya membawa wang esok.
Bab 7
Perhimpunan
khas telah diadakan di dewan. Pengetua sekolah Puan Hamidah telah
merotan Narius, Jamadi dan Jais di khalayak untuk memberikan amaran
kepada semua murid supaya tidak melakukan peras ugut di sekolah.
Bab 8
Doktor
Fikri berasa bimbang kerana mereka mungkin akan membalas dendam
terhadapnya walaupun dia tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak
sekolah. Keesokan hari, Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan sekolah ,
dia terserampak dengan Narius, Jamadi dan Jais. Mereka menyindir Doktor
Fikri supaya tidak menunjuk nunjuk. Doktor Fikri terus membaca buku di
perpustakaan kerana kebetulan tidak ada guru di dalam kelas. Di dalam
kelas, Cikgu Wahad mengadakan pemeriksaan secara mendadak di kelas dua
Mawar kerana banyak pelajar melaporkan bahawa mereka kehilangan buku,
dompet dan pen di perpustakaan. Ketika memeriksa beg Doktor Fikir,
terdapat buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal yang dilaporkan
telah hilang itu. Seluruh kelas tergempar kerana tidak disangka bahawa
murid baru ialah pencuri. Kemudian Doktor Fikri telah dipanggil ke
pejabat kaunseling, Cikgu Wahad telah mendakwa Doktor Fikri mencuri.
Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu
sahaja. Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahukan hal itu
kepada ayahnya. Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri.
Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa dan marah atas
kejadian. Mereka tidak mahu lagi berkawan dengan Doktor Fikri. Mereka
sengaja meminggirnya. Hanya Josy seorang sahaja yang bertegur sapa
kepadanya dan masih mempercayainya. Dia turut mendengar rintihan Doktor
Fikri. Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakan di
kelasnya mendakwa dia sebagai panjang tangan.
Bab 9
Sukan Tahunan sekolah telah diadakan secara meriah.
Bab 10
Doktor
Fikri berseluar panjang dan berbaju lengan panjang serta bertopi untuk
menghindar cahaya matahari yang terik. Dia mengambil bahagian dalam
acara 1500 meter lelaki B. Ibu bapa turut datang ke sekolah untuk
memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya penyertaan dalam rumah Tun
Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya. Josy yang merupakan
ahli Bulan Sabit Merah memberikan semangat kepadanya. Semasa acara 1500
meter lelaki B diadakan, Doktor Fikri berlari dengan selaju lajunya
untuk membuktikan keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin
perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan. Walaupun telah
ketinggalan, Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih meneruskan larian
untuk ke garis penamat. Hanya beberapa langkah lagi ke garis penamat,
dia jatuh pengsan. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya
ke khemah rawatan. Ibu Doktor Fikri mendekatinya dan bercadang untuk
membawanya pulang ke rumah. Ibunya melarangnya menunggang basikal dan
mengarahkan dia menaiki kereta bapanya dan basikal diletakkan di
belakang kereta. Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya, dia terkejut
kerana basikal telah hilang. Jeritan jauh kedengaran.
Bab 11
Semua
murid memperkatakan peristiwa itu. Rakannya masih mengatakan bahawa
memang padan kerana panjang tangan telah mencuri panjang tangan. Rakan
sekelasnya masih mendakwa bahawa Doktor Fikri memang suka menunjukkan
kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari.
Bab 12
Doktor
Fikri berasa kecewa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang
simpanannya itu telah dicuri. Dia berasa tidak tenteram atas kejadian
demi kejadian yang menimpanya. Lebih lebih lagi kawan baiknya Josy akan
berpindah sekolah . Dalam pendidikan Jasmani, tidak ada murid hendak
bermain dengannya. Apabila termenung di bawah pokok, Cikgu Wahad (guru
disiplin) telah mendekatinya dan meminta ke pejabat. Doktor Fikri berasa
cemas. Kemudian cikgu Wahad memberitahu bahawa basikal telah ditemukan
oleh pihak polis. Pencuri telah ditahan. Mereka adalah Narius, Jamadi,
dan Jais. Menurut Cikgu Wahad, ketiga tiga berguru dengan seorang bekas
banduan. Bekas banduan telah mengarahkan mereka mencuri. Bapa Doktor
Fikri diminta ke balai polis untuk mengambil balik basikal Doktor Fikri.
Cikgu Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri
barang di perpustakaan.
Bab 13
Ketika
sampai di rumah, Doktor Fikri berasa gembira dan memberitahukan
kejadian itu kepada ibunya. Setelah ayahnya pulang dia pun meminta ayah
ke balai polis. Ketika ke balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius
menangis di lokap dan bapa Narius yang tua tidak mampu memberikan wang
jamin untuk mengeluarkan Narius. Doktor Fikir berasa simpati terhadap
Narius yang berkeluarga miskin lalu meminta bapanya menjamin Narius.
Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana
Narius telah mencuri basikalnya. Setelah dijamin, Narius dan bapa segera
berterima kasih kepada mereka. Narius berasa segan dan terharu kerana
dia pernah menganiaya dan memfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri
tidak menaruh dendam dan membantunya.
Bab 14
Apabila
ternampak Doktor Fikri sedang berbual mesra dengan Narius, Jamadi, dan
Jais di sekolah, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa.
Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah terpengaruh oleh murid
jahat. Suriani berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk
menyelamatkan Doktor Fikri daripada terus terjerumus ke lembah hina.
Mereka pun berbincang untuk membantu Doktor Fikri daripada bergaul
dengan murid jahat.
Bab 15
Doktor
Fikri sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah. Rakan sekelasnya
menyangka bahawa dia telah pandai ponteng sekolah. Tiba tiba, Narius,
Jamadi, dan Jais masuk ke kelas Dua Mawar dan menyerahkan surat Doktor
Fikri kepada mereka. Mereka bertiga meminta maaf kepada semua murid
kelas Dua Mawar dan mengatakan bahawa mereka telah mencemarkan nama baik
kelas Dua Mawar dan mengakui bahawa merekalah yang mencuri bahan bahan
di perpustakaan lalu memasukkannya ke dalam beg Doktor Fikri. Narius
juga memberitahu bahawa ketika ditahan di lokap, bapa Doktor Fikri telah
menjaminnya walaupun dialah yang mencuri basikal Doktor Fikri dan
menganiayainya sebelum itu. Dayang Mahani telah membaca isi kandungan
surat Doktor Fikri . Dalam surat itu, Doktor Fikri menyatakan bahawa dia
terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja di Jepun selama lima tahun. Dia
juga mengatakan bahawa dia menghargai persahabatan mereka terutamanya
mereka menjual sayur sayuran dan mendapat keuntungan satu ringgit di
samping meminta maaf atas menyinggung perasaan mereka. Selain itu,
dengan murah hati, dia menghadiahkan basikal baru kepada Dayang Mahani. ,
Suriani, Sanin dan Aziz dan membiarkan mereka membuat pilihan untuk
memilikinya. Semua rakan terharu terhadap kemuliaan Doktor Fikri dan
selama ini mereka telah salah faham terhadapnya.
Bab 16
Setelah
setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri sekeluarga telah balik ke
Sabah untuk bercuti selama dua bulan. Setiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu, Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai
rakannya. Dayang Mahani. , Suriani, Sanin dan Aziz telah menunggu di
luar balai ketibaan. Mereka bertegur sapa dan bersalam salaman lalu
bertolak ke rumah mereka di Menggatal. Doktor Fikri dan rakannya terus
masuk bilik bacanya. Dia menceritakan pengalamannya di Jepun kepada
rakan di samping memaparkan album foto. Doktor Fikri juga menghadiahkan
jam tangan penggera elektronik yang canggih kepada mereka masing masing.
Doktor Fikri juga menceritakan bahawa dia telah mendapat trofi dalam
pertandingan reka cipta. Dia telah mereka cipta sebuah kereta mainan
yang dapat mengesan depan, belakang dan tepinya. Dipercayai kereta ini
jika dikomersialkan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dengan
berhenti tiba tiba. Mereka kagum akan kreatif Doktor Fikri.
Bab 17
Teringat
Fujiyama, Doktor Fikri bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu
gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ibu dan bapanya juga bersetuju.
Setelah memohon cuti daripada pejabat, Cikgu Saiful telah memberitahu
bahawa mereka bertolak pada keesokan hari. Doktor Fikri meminta ayahnya
supaya membeli jaket dan sarung muka.
Bab 18
Mereka
sekeluarga bertolak di Taman Negara Kinabalu. Mereka terpesona oleh
pemandangan yang indah dan udara yang dingin. Pada malam itu, mereka
tinggal di sebuah chalet.
Bab 19
Pada
awal pagi, sebuah lori pikap sudah berada di chalet untuk membawa
mereka ke kaki gunung. Akibat terlalu sejuk ,mereka tidak mandi pagi dan
bersiap sedia untuk meneruskan pengembaraan mereka. Atas bimbingan
jurupandu, mereka bertiga mula mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi
4101 meter dari aras laut. Tidak lama kemudian, mereka berasa sangat
letih, tercungap cungap, penat, dan terpaksa melangkah dengan perlahan
sambil berehat kerana lutut yang sakit. Dengan perlahan sekali, mereka
sampai juga di tengah tengah lereng Gunung Kinabalu, iaitu Panalaban
pada waktu senja. Ketika itu, banyak pelancong sudah berada di rumah
rehat itu. Doktor Fikri menyaksikan pemandangan yang indah di situ.
Udara di situ sangat sejuk. Dia dinasihati supaya berehat dengan secukup
cukupnya kerana keesokan pagi pukul tiga mereka akan bertolak untuk
menakluki puncak Gunung Kinabalu. Cikgu Saiful juga menerangkan bahawa
mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditudungi kabus yang tebal
sehingga boleh menyebabkan kesesatan.
Bab 20
Ketika
pukul empat pagi, udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa
dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain. Dalam kegelapan itu,
dia hanya mengesan lampu cahaya picit yang agak jauh. Dia berasa cemas
dan takut kerana mendapati bahawa dia telah tersesat. Dia meminta tolong
tetapi tiada orang di sekitar. Tiba tiba dia ternampak cahaya merah
yang hilang wujud. Dia menuju ke arah sinar itu. Tiba tiba dia ternampak
seekor naga. Dia berasa sangat takut kerana mulut naga itu mengeluarkan
api dan deruman yang terlalu bising. Dia berlari dengan sekuat kuatnya
kerana takut dimakan oleh naga itu. Belum sempat menjadi mangsa kepada
naga, dia telah terhumban ke dalam gaung.
Bab 21
Jeritan
Doktor Fikri telah mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu. Rupa
rupanya dia hanya bermimpi dan jatuh dari katil. Doktor Fikri masih
dalam ketakutan, dia memberitahu ibu bapanya tentang mimpi yang ngeri
itu. Ayahnya menyuruhnya masuk tidur lagi kerana masih awal lagi. Doktor
Fikri meminta ibu bapanya supaya bersama sama dengan ibu bapa ketika
mendaki nanti. Puan Halipah mengurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke
gaung tetapi jatuh ke bawah katil. Mereka bertiga turut ketawa
Tema
Persoalan
Narius
Nilai
Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor
Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan,
sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
1. Persoalan rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
2. Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4. Persoalan keinsafan
Contoh:
Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka
terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh
bapanya menjamin Narius di balai polis.
5. Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh:
Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara
ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup
yang dipelajarinya.
6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh:
Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat
awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan
remaja lebih ke arah inovasi.
7. Persoalan berdikari
Contoh:
Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang
diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9. Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.
Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa
Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.
Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.
Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.
Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.
Teknik Plot
1. Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2. Monolog
Sewaktu
melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah,
lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
3. Monolog dalaman
“Comelkah
anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga
kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah
soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak
sulungnya.
4. Imbas kembali
Cikgu
Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa
menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
5. Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
6. Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
7. Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
8. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.
9. Suspen
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Doktor Fikri
Ø Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun
Ø Cacat kulit - balar
Ø Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Ø Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Ø Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Ø Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya
Watak Sampingan
Cikgu Saiful
Ø Bapa Doktor Fikri
Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga
Puan Halipah
Ø Ibu Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang
dari sekolah
Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian
dalam acara sukan
Josy
Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
Ø Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri
Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Berbadan besar
Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri basikal Doktor Fikri
Ø Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
Cikgu Wahab
Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar
Dayang Mahani
Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Kawan Doktor Fikri
Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu
Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya
Latar
Latar Masa
Ø Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
Ø Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Ø Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.
Latar Tempat
Ø Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Ø Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di
jual di Tamu.
Ø Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Ø Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung
Kinabalu.
Ø Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan
Doktor Fikri.
Ø Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Masyarakat yang prihatin
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Ø Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Ø Masyarakat yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Ø Masyarakat penyayang
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka
cacat.
Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.
Gaya Bahasa
Ø Kata Ganda
Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Ø Peribahasa
Contoh: buku lima, keras hati
Ø Pengaruh bahasa asing
Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Ø Hiperbola
Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
Ø Simile
Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
Ø Pengulangan kata atau repitisi
Contoh: Sap! Sap! Sap!
Ø Sinkope
Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
Ø Personifikasi
Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.
Ø Nilai kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Nilai keberanian
Contoh:
Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang
yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
Ø Nilai menghormati orang tua
Contoh:
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan
Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
Pengajaran
Ø Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.
Contoh:
Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang
yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
Ø Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh:
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan
Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.