Sabtu, 19 Julai 2014

EVOLUSI KONSOL PlayStation

Evolusi konsol playstation



PlayStation

 

 

 

  Sony PlayStation (プレイステーション Pureisutēshon?) (PS atau PS One) adalah sebuah konsol permainan video 32-bit generasi kelima keluaran Sony. Mula dikeluarkan pada pertengahan 1990-an, ia merupakan antara konsol permainan video paling popular di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 102.49 juta unit setakat Mac 2005.[2]. Selain versi asal, PlayStation juga dikeluarkan dalam versi Net Yaroze (versi berwarna hitam yang boleh digunakan untuk mengatur cara permainan PS ringkas) dan juga PS One, iaitu versi PlayStation yang telah dipadatkan.

SONY  PLAYSTATION 2

 

 

PlayStation 2 (プレイステーション2 Pureisutēshon Tsū?) (seringkali disingkatkan sebagai "PS2") merupakan konsol permainan video Sony. Ia dikeluarkan pada Mac 4, 2000, di Jepun, dan kemudiannya pada 26 Oktober 2000 di Amerika Utara, dan November 24, 2000 di Eropah. Sebagai konsol permainan video generasi ke-enam, pesaing utamanya adalah Sega Dreamcast , Microsoft Xbox dan Nintendo GameCube. Pembangunannya diumumkan dalam bulan Mac 1999, dan pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac 2000, di Amerika Utara pula pada 26 Oktober, 2000 dan di Eropah pada 24 November 2000.
Konsol PlayStation 2 adalah konsol yang paling berjaya dalam sejarah permainan video, dan telah mencapai lebih daripada 150 juta unit dijual sehingga 31 Januari 2011.[2] Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas 11 tahun sistem itu dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac, 2000. Sony berkata ia mempunyai 10.828 tajuk untuk sistem dan 15.2 bilion tajuk PS2 telah dijual sejak pelancarannya.[3] Konsol ini telah digantikan oleh PlayStation 3 pada tahun 2006.
Sehingga tahun 2012, lebih 12 tahun selepas pengeluaran pertamanya, tajuk yang baru terus dibangunkan dan dijual. Permainan terkini, MLB 2K12, dikeluarkan pada Mac 2012 di hanya Amerika Utara sahaja.[4] FIFA 13 dan PES 2013 juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 2 pada September 2012.[5] [6]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan